Monday 29 August 2016

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN



PENGENALAN.

Dasar Kebudayaan telah diwujudkan di negara ini adalah bertujuan untuk menjaga perpaduan di Negara ini.Hal ini adalah kerana Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tentu tidak akan dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan. Oleh sebab perpaduan amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan kenegaraan, sudah tentulah negara-negara yang menghadapi masalah ini akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman di negara masing-masing.Di Malaysia,masalah yang kerap diperkatakan berhubung dengan perpaduan ialah masalah polarisasi.Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, namun persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan kebangsaan masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan, terutamanya di kalangan para ahli politik, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan kebudayaan. Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup menerima kebudayaan kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini.


APAKAH ITU DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN?

DASAR :- Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, dasar dapat didefinisikan sebagai suatu  pertimbangan (cara, sisitem dan lain-lain) yang pokok, bukan sesuatu, asas, prinsip atau teras.

KEBUDAYAAN :-Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

KEBANGSAAN :-Maksud Kebangsaan merupakan suatu perasaan atau semangat cinta dan taat setia yang  mendalam terhadap bangsa dan tanah air.

LATAR BELAKANG.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan satu dasar kebangsaan yang disusun dengan persetujuan semua pemimpin mewakili kaum utama di Malaysia, bertujuan mengikat rakyat Malaysia kepada satu dasar yang sama. Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini telah dirangka pada 1971. Apa yang dilihat oleh DKK mengenai kebudayaan ialah merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggembelengan tenaga dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

KEPENTINGAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.


  • Berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan.

  • Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.
  • Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.

  • Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional.
    • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.
    • Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.


STRATERGI DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.



  1. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.
Strategi ini dilakukan dengan membuat akta untuk pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan. Antara akta yang telah diwujudkan disini ialah:-

         Akta Warisan Kebangsaan 2005 bertujuan untuk memberi perlindungan kepada semua aspek warisan secara menyeluruh dan bersepadu yang sebelum ini tidak ada dalam mana-mana perundangan persekutuan dan negeri. Akta ini merangkumi skop yang lebih luas merangkumi aspek Warisan Budaya (cultural heritage), Warisan Semula-jadi (natural heritage) termasuk Warisan Ketara (Tangible Heritage) dan Warisan Tak Ketara (intangible heritage).
  1. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.
    Pelaksanaan strategi ini dilakukan oleh berberapa kementerian yang terlibat, ia tidak bergantung kepada Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia semata-mata, tetapi ia turut disertai oleh Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Pelancongan Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara dan pelbagai agensi kerajaan yang melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyentuh kebudayaan. Contoh yang boleh kita ambil disini ialah Kementerian Belia Dan Sukan di bahagian Pembangunan Rakan Muda itu sendiri, dimana dibahagian Rakan Muda ini mempunyai tujuh gaya hidup dan antaranya ialah Rakan Seni Budaya yang banyak memberi aktiviti dan latihan serta pengenalan kebudayaan kepada masyrakat amnya dan terutamanya kepada para belia contoh aktiviti yang dilakukan oleh Rakan Seni Budaya ialah seni tari, bermain muzik tradisional, dan mendekati program intergrasi nasional.

  1. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.
      Bagi strategi ini pula ialah dilaksanakan didalam RMKe 8 dan RMKe 9 seperti yang dinyatakan diatas. Mewujudkan komunikasi ini juga dilakukan melalui media massa dan media cetak mengenai kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia, contohnya disini ialah apabila media massa membuat kempen mengenai kebudayaan dan menunjukkan keharmonian negara yang mempunyai pelbagai budaya , bangsa dan agama dapat hidup bersama dan penuh dengan harmoni, malah ia menyemai semangat menghormati budaya bangsa lain.

  1. Memenuhi keperluan sosiobudaya
Perbezaan dan kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum – kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu.
Bagi mencapai objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan, strategi memenuhi keperluan sosiobudaya telah disentuh, dimana keperluan ini dipenuhi melalui berberapa aspek antaranya ialah aspek agama, disini kita lihat dimana malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani atau atau Kristian, di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas. Dari aspek bahasa pula, walaupun bahasa rasmi yang digunakan di negara ini ialah Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu tetapi bahasa-bahasa berbagai kaum dan suku kaum yang lain adalah bebas digunakan seperti bahasa Cina dan Tamil. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan digunakan dengan meluasnya di bidang-bidang perdagangan dan perindustrian. Kerajaan juga telah menggalakkan pekerja hotel dan ahli-ahli perniagaan yang berkaitan dengan sektor pelancongan dan perhotelan supaya mempelajari lain-lain bahasa antarabangsa.
Seterusnya bagi aspek perayaan pula kita melihat disini adalah  penduduk malay yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun. Di negara ini, musim perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin persahabatan serta muhibah antara kaum. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira keturunan, turut serta memeriahkan suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Oleh itu, upacara 'rumah terbuka' adalah satu suasana yang tidak asing lagi di hari-hari perayaan. Contohnya disini bagi yang menganut agama islam mereka akan menyambut perayaan iaitu iaitu Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Maulidul Rasul.Walaupun islam adalah agama rasmi bagi malaysia ini tidak bermakna agama lain tidak boleh menyambut perayaan mereka, maka dengan itu sosiobudaya mereka dipenuhi dengan membenarkan mereka meraikan perayaan mereka tanpa menyentuh sensitiviti agama lain. Maka dengan itu kaum cina dapat merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama di dalam bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau Februari setiap tahun bagi penganut agama Hindu pula,mereka akan meraikan  Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar keturunan Tamil Oktober dan November. Bagi agama kristian mereka akan meraikan perayaan Krismas pada bulan November iaitu pada 25 December.
Kesemua ini memnunjukkan bahawa keperluan sosiobudaya setiap kaum dipenuhi dan dihormati, malah dengan adanya pelbagai kumpulan etnik di negara malaysia ia telah mewarnai kebudayaan di negara ini dengan lebih harmoni dan sejahtera.

  1.  Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Usaha melakukan strategi bagi meninggikan taraf dan mutu kesenian dinegara ini ialah pihak kerajaan telah memberi beberapa peruntukkan kepada bahagian yang mempertahankan kesenian kebudayaan. Berikut adalah Perbelanjaan Dan Peruntukan Pembangunan Bagi Program Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan, 2001-2010;


PERLAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN



  • Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.
    • Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini.
    • Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan
    • Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.
      • Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.
PENUTUP


       Masyarakat Malaysia sudah mempunyai adat dan budaya yang tersendiri, tetapi kenapa kerajaan masih mahu mewujudkan suatu adat dan budaya baru bagi mencerminkan identiti dan keperibadian Malaysia yang seragam? Adakah dengan budaya dan adat kaum-kaum yang sedia ada di Malaysia tidak cukup untuk mencerminkan identiti negara? Bagi mewujudkan identiti yang seragam, ia mestilah seiring dengan kesanggupan pelbagai kaum untuk hidup bersama di Malaysia, dan kita tidak perlu menyatakan bahawa ia perlu dilakukan, penyeragaman identiti dan keperibadian kebangsaan ini perlu dilakukan. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui adat dan budaya kebangsaan ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup dalam ikatan ukhwah yang begitu kukuh, berganding bahu, bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleransi antara satu sama lain. Penyeragaman identiti dan keperibadian berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan aman daripada persengketaan serta kucar-kacir,maksudnya disini identiti dan keperibadian yang seragam ini akan membolehkan perpaduan nasional berlangsung dengan lebih utuh lagi.

Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun dilaksanakan. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan semenjak ia mula diterapkan. Identiti kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh didapati didalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan pelbagai kaum di Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan rakyat Malaysia. Namun demikian pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang bersifat kesukuan atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.





PENGENALAN

                 Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8 iaitu memberikan tumpuan kepada pembangunan belia kerana menghargai peranan dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara.Belia menjadi pewaris yang berwibawa,Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengatur insiatif bagi menyediakan satu pelan terperinci untuk pertimbangan pihak kerajaan.Penyediaan pelan tindakan menjadi sangat penting dan 
kritikal kerana golongan belia kini berhadapan dengan berbagai-bagai masalah yang sangat membimbangkan masyarat dan kerajaan.Jika tidak diambil berat dan diatasi hasrat serta inspirasi kerajaan untuk 
melahirkan masyarakat Malaysia yang ‘Cemerlang Gemilang dan Terbilang’dikhuatiti terjejas.Pembangunan belia perlu diberi tumpuan sepenuhnya kerana mereka ialah pewaris negara pada masa hadapan.









Tujuan utama KBS menyediakan pelan tindakan pembangunan Belia Nasional 
adalah:

Untuk mendapatkan komitmen kerajaan.
Mencadangkan strategi yang relevan dan lebih sesuai dengan keperluan masa kini dan selaras
 dengan perubahan ekonomi yang pesat serta arus globalisasi.


Dasar belia negara telah dirancang mengikut 11 teras pembangunan.Iaitu faktor yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu program pembangunan belia pada masa akan datang serta 
amat penting dalam konteks K-Ekonomi.



Kerajaan menyedari para belia boleh menjadi 'force' yang penting dan sumber utama tenaga 
dan 'asset' yang penting dalam pembangunan negara.






LOGO DASAR BELIA NEGARA





ISI 1.

TERAS PEMBANGUNAN EKONOMI.


Teras Pembangunan Ekonomi ialah untuk mewujudkan pusat khidmat perniagaan belia bagi memberikan peluang kepada belia berkecimpung dalam semua bidang perniagaan,
terutama di bandar-bandar kecil. Memperhebat Program Pembangunan Usahawan ICT dengan memberikan tumpuan kepada kursus komputer yang diiktiraf dan penjualan alat-alat komputer. Memperluas program inkubator untuk golongan belia. Mewujudkan perniagaan pusat tuisyen untuk diusahakan oleh belia.


Selain itu Teras Pembangunan Ekonomi juga mewujudkan bengkel membaiki motosikal dan kenderaan dengan kerjasama IKBN. Mewujudkan satu rangkaian internet shop belia di seluruh negara. Mewujudkan kerjasama dengan Persatuan Francais Malaysia bagi menganjurkan perniagaan berbentuk francais untuk belia seperti perniagaan makanan segera,peralatan sukan,tour & travel, internet shop,bengkel kereta dan perniagaan-perniagaan lain.Akhir sekali memperbanyakkan sumber odal untuk usahawan belia dengan menghidupkan semula Tabung Ekonomi Belia,menubuhkan Tabung Teroka Belia dan mensyaratkan 30% daripada pinjaman mikro kredit serta pinjaman TEKUN diberikan untuk usahawan belia.





             










TERAS PEMBANGUNAN MALAYSIA.


Teras Pembangunan Malaysia adalah untuk memantapkan program latihan kemahiran IKBN dengan menyediakan modul yang membolehkan belia belajar secara berterusa (life-long learning). Meneruskan latihan teknikal sedia ada di samping melaksanakan penilaian secara berterusan supaya memenuhi pasaran kerja dan memperkenalkan akreditasi kemahiran belia sebagai pelengkap kepada sistem akreditasi MLVK dan LAN. Mewujudkan pengkhususan untuk setiap IKBN di samping memastikan setiap lepasan menghayati konsep kepimpinan positif.


Selain itu, Teras Pembangunan Malaysia juga mengadakan kerjasama dengan MLVK di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi memperluas peluang latihan kepada belia yang keciciran. Menyediakan satu ‘handbook’ pembangunan sumber manusia untuk persatuan belia. Menggalakkan pertubuhan belia memainkan peranan sebagai sumber rujukan dan agen pembangunan pada peringkat komuniti setempat. Meningkatkan kerjasama antara jabatan/agensi yang terlibat dengan pembangunan belia. 















TERAS PROGRAM RAKAN MUDA.


Teras Program Rakan Muda telah menyediakan modul program Rakan Muda yang seragam sehingga ke akar umbi di samping memastikan mengandungi unsur-unsur patriotisme,daya tahan,semangat berpasukan dan kepimpinan. Mewujudkan fasilitator yang terlatih bagi mengendalikan semua modul program Rakan Muda. Mewujudkan jawatan penggerak Rakan Muda pada peringkat parlimen dan DUN dengan mempunyai kemahiran pengurusan dan pemantauan aktiviti Rakan Muda. Menyediakan bajet perlaksanaan yang mencukupi dan menggalakkan sumbangan swasta bagi membiayai program-program Rakan Muda. Menentukan perlaksanaan Rakan Muda secara terancang dengan mewujudkan kerjasama pintar (smart-psrtnership) dengan pertubuhan-pertubuhan belia atau NGO yang berwibawa.


Menubuhkan Jawatankuasa Pemantau peringkat negeri bagi memastikan perlaksanaan dan pemantauan yang berterusan. Meluaskan publisiti program Rakan Muda kepada umum dengan menggunakan pelbagai bentuk saluran media dan bahasa. Mengukuhkan penyampaian perkidmatan pelanggan dengan mewujudkan pusat khidmat pelanggan di pusat-pusat Rakan Muda yang sedia ada dan juga Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Akhir sekali menggunakan Akta PLKN untuk mewajibkan lepasan sekolah berusia 17 tahun menyertai aktiviti Perkhemahan Dinamik Rakan Muda,10 hari berbanding PLKN 90 hari dan menyertai aktiviti susulan Rakan Muda selama 80 hari.















ISI 2

TERAS PEMBANGUNAN SOSIAL (NILAI)


Antara Teras Pembangunan Sosial adalah :
Menjadikan program dan aktiviti golongan belia sebagai alat atau intervensi social untuk membentuk nilai dan tingkah laku belia yang diperlukan oleh negara.
Melatih semua pegawai dan pihak yang terlibat dengan kegiatan belia dalam bidang pembentukan nilai dan tingkah laku belia serta kemahiran mengendalikan program intervensi.
Mewujudkan Indeks Nilai dan Tingkah Laku Belia untuk dijadikan asas pemantauan ‘kualiti’ belia di negara ini.
Mengenal pasti nilai dan tingkah laku belia yang perlu dimiliki selaras dengan matlamat pembangunan negara.


  

  




TERAS SISTEM PENYAMPAIAN


Antara Teras Sistem Penyampaian adalah  :
           1.Memperkasa kebudayaan KBS dengan :
Menaik taraf imej dan pejabat belia serta sukan daerah.
Mewujudkan skim tenaga penggerak belia dan sukan.
Memprofesionalkan pegawai belia dan sukan.
Meluaskan jenis perhidmatan pembangunan belia seperti khidmat asas kaunseling kepada para belia yang bermasalah.
Menyediakan satu perancangan aktiviti tahunan belia pada peringkat daerah sebagai asaspemberian peruntukan kewangan.
Menggredkan pertubuhan belia berdasarkan prestasi.

2.Memperkasa Majlis Perundingan Belia Negara dan Negeri dengan :
Menaiktarafkan pengerusi.
Memastikan majlis memainkan peranan sebagai parlimen belia.
Memajukan cadangan kepada PM untuk melantik menteri Belia dan Sukan sebagai ahli Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara dan KSU sebagai ahli jawatankuasa kerja.
Meningkatkan kerjasama antara KBS dengan persatuan belia di semua peringkat.
Mewujudkan mekanisme penyelarasan antara agensi.
Mensyaratan pertubuhan belia menyediakan perancangan aktiviti tahunan sebagai asas untuk KBS menyalurkan peruntukan.
KBS hendaklah menilai keberkesanan semua program secara berterusan.








ISI 3

TERAS PERANAN PERTUBUHAN BELIA

 Antara teras peranan Pertubuhan Belia ialah 

1)memurnikan falsafah dan matlamat pergerakan pertubuhan belia menerusi
           · Kempen Pemurnian dan juga penerbitan buku panduan Pengupayaan Pertubuhan Belia.
2) Memantapkan imej pertubuhan belia menerusi 
· Pameran ,bengkel dan wacana pengupayaan pertubuhan belia 
· Melantik Ahli Dewan Negara daripada kalangan belia.




· Memantapkan prasarana pertubuhan belia dalam aspek kemudahan fizikal,pembangunan IT pangkalan data serta sumber kewangan.
· Memperkasa martabat pertubuhan belia dengan mewujudkan indeks prestasi pertubuhan belia,kempen penyertaan belia professional ,latihan kepimpinan ,program kerjasama dengan institusi pembangunan dan membentangkan Akta Pertubuhan Belia di Parlimen.
· Meningkatkan profesionalisme dalam pertubuhan belia dan kerja belia menerusi bengkel kecemerlangan ,pertubuhan persatuan sekerja belia professional,penggubahan kod etika kerja belia professional,konvensyen tahunan profesionalismedalam kerja belia.





TERAS PEMBANGUNAN BELIA TIDAK BERPERSATUAN

Antaranya adalah seperti

· Mengenali ,memahami dan menghargai sistem nilai,norma ,keperluan dan ekspektasi kumpulan -kumpulan belia yang tidak menyertai pertubuhan dan persatuan
· Lebih responsif terhadap keperluan belia tidak berpersatuan dengan mengupayakan mereka dalam proses membuat keputusan ,menggubal program yang lebih fleksibel dan menyediakan pusat aktiviti belia yang lengkap dan mampu menarik penglibatan mereka.
· Mewujudkan sekretariat sukarelawan untuk menggalakan penglibatan sukarelawan dalam kalangan belia tanpa persatuan yang berkebolehan.
· Membentuk dan pengukuhkan kerjasama dan perkongsian pintar dalam sektor-sektor perindustrian ,teknologi ,NGO,dan kerajaan yang melaksanakan program untuk belia.
· Mewujudkan Program Belia Parlimen diketuai oleh ahli-ahli parlimen.







TERAS PEMBANGUNAN KEPIMPINAN


· Mengkaji semula fungsi dan peranan institusi yang bekaitan dengan pembangunan kepimpinan belia di pelbagai peringkat meliputi dalam negara dan antarabangsa.
· Memantapkan program latihan kepimpinan belia dengan mewujudkan institut latihan dn sangkutan serta perundingan antara pertubuhan belia pada peringkat negara dan juga antarabangsa.
· Menjadikan Malaysia sebagai pusat latihan kepimpinan.
· Menjadikan Majlis Perundangan Belia Negara (MPBN) sebagai badan pemantauan aktiviti pembangunan kepimpinan belia.



ISI 4

TERAS PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN


Menubuhkan Institusi Penyelidikan Belia Nasional sebagai institusi penyelidikan belia yang ulung dalam menyumbang kepada pembangunan mapan belia dan kesejahteraan sejagat.

Menggalakkan penglibatan NGO belia dalam perancangan dan proses pelaksanaan institute penyelidikan.

Mewujudkan sistem pangkalan data dan clearing house bagi mengumpul dan menyebarkan hasil kajian mengenai belia.

Antara bidang tumpuan penyelidikan ialah : 
- Kepimpinan dan kesukarelawan
- Pendidikan kesihatan 
- Sosialisasi belia











TERAS POLITIK DAN INTEGRASI NASIONAL

Meningkatkan semangat kekitaan, patriotisme dan nasionalisme belia kepada negara dengan melaksanakan program meraikan warganegara yang berusia 21 tahun supaya dapat melahirkan gagasan belia yang arif mengenai demokrasi negara dan tanggungjawab sebagai pengundi.

Memperhebat kesedaran belia terhadap masyarakat majmuk Malaysia.

Menambahkan kesedaran dan kefahaman kepada belia tentang sistem politik dan sejarah pentadbiran negara.

Memperluas kesedaran belia tentang kedudukan negara dalam konteks global.



Antara strategi kearah integrasi ialah mewujudkan Rukun Negara, Dasar-dasar Pembangunan Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Wawasan 2020, 1Malaysia, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, dan PLKN.





KESIMPULAN

Kesimpulannya, generasi muda atau belia mempunyai peranan serta kepentingannya tersendiri dalam usaha untuk membangunkan masyarakat dan negara. Belia sebagai pemimpin masa kini dan masa hadapan mesti bergerak dalam kematangan, keupayaan dan motivasi yang lebih positif dan efektif di dalam komitmen yang lebih kukuh (A. Aziz 1984: 21).
Kesedaran perlu wujud dan berkembang sealiran dengan cita-cita pembinaan budaya bangsa ke arah kewujudan satu negara yang bermaruah dan mempunyai martabat yang tinggi. Tuntutan masyarakat dan global yang semakin canggih, wajarnya memerlukan peranan yang rasional dan beridea segar daripada belia. Tugas belia serta masyarakat umumnya ialah memastikan agar tuntutan tersebut dipenuhi selengkapnya.




 RUJUKAN

JUDUL:PENGAJIAN MALAYSIA
PENERBITAN: OXFORD  FAJAR SDN.BHD
PENGARANG:MARDIANA NORDIN
HASNAH HUSSIN
MUKA SURAT:574  HALAMAN
CETAKAN - 98
EDISI KELIMA

JUDUL:DASAR BELIA NEGARA –SATU TINJAUAN
PENERBITAN:MAJLIS BELIA MALAYSIA
PENGARANG:MOHD JAMIL MUKMIN
MUKA SURAT: 95 HALAMAN
CETAKAN PERTAMA:1994

JUDUL:PENGAJIAN MALAYSIA
PENERBITAN:LONGMAN
PENGARANG:MAHDI SHUID 
MOHD FAUZI YUNUS
MUKA SURAT:168 HALAMAN
                                                          CETAKAN  KEDUA 2011

Judul:Dasar Belia Negara
link HTML:http://www.slideshare.net/suriawati/dasar-belia-negara-presentation